top of page

Ketahui Cara 'FIGHT' Dengan BIAWAK Anda


Sebagai pendidik yang memahami keadaan sekolah dan persekitaran murid , amat mudah untuk kita tenggelam di dalam emosi yang tidak stabil. Ini disebabkan pelbagai faktor diluar bidang tugas rasmi. Kesannya ialah kehilangan motivasi untuk meneruskan perjuangan di dalam bilik darjah.

Di sini saya sertakan beberapa tips yang boleh memberikan motivasi kepada para pendidik untuk meneruskan perjuangan di dalam bilik darjah.

# Tips 1

Menghargai setiap insan terutamanya rakan sekerja.

# Tips 2

Memahami kognitif anak didik yang semestinya berbeza-beza

Belajar ilmu baharu yang selaras dengan perkembangan teknologi.

Memahami tugas yang diberikan dan berusaha untuk memudahkannya.

Berkongsi ilmu pengetahuan dengan rakan sekerja

Memberikan anak didik membuktikan kebolehannya

Sentiasa berfikiran positif dan produktif

Sentiasa senyum

Setiap masalah semestinya ada penyelesaian, berkoloborasilah dengan rakan-rakan.

Menerima hakikat bahawa keberkatan rezeki bergantung kepada kerja yang baik dan halal. Sentiasa bersyukur dengan apa yang dikerjakan (Perkara inilah memberikan motivasi kepada apa jua pekerjaan sekalipun)

#Tips Bonus

Memberi lebih baik daripada menerima, hidup adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya, ilmu yang ditanam ibarat benih yang akan memberikan hasil yang akan dituai di kemudian hari, jadilah petani yang peka kepada setiap tanamannya, berilah baja, berilah air, biarkan ia bercambah dan hidup. Begitulah umpamanya kehidupan seorang guru, memberi tidak di minta dibalas, atas tanggungjawab yang diamanahkan , ikhlas berkaitan dengan ketuhanan, semestinya ilmu yang diberikan memberikan manfaat kepada pengamalnya. Biarpun 20 tahun tidak bersua, pendidik sejati tidak akan pernah melupakan wajah insan hasil didikannya.

1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page