Hi rakan-rakan guru,
Tahukah anda yang Pandai Teacher ada menawarkan fungsi untuk membina soalan kuiz secara pantas dan PERCUMA di platform kami yang khas untuk semua guru di Malaysia? Ini dapat memudahkan tugas guru-guru untuk memberi latihan dan aktiviti yang menarik bersama anak murid sama ada didalam atau diluar kelas darjah!
Memperkenalkan, Quiz Builder!
APAKAH QUIZ BUILDER?
Quiz Builder adalah fungsi yang membolehkan guru membina lembaran kuiz.
Kandungan soalan diperoleh daripada bank soalan Pandai yang sejajar dengan Kurikulum Kebangsaan Malaysia. Jadi rakan-rakan guru tak perlu risau untuk menggunakannya di dalam kelas.
Kuiz tersebut boleh dikongsikan dalam talian atau dicetak untuk diedarkan di dalam kelas.
Rakan guru boleh:
Membuat pilihan daripada bank soalan Pandai mengikut tahap penguasaan dan tahap kesukaran
Menggunakan fungsi tambahan untuk guru gunakan soalan yang dibina sendiri
Membuat penandaan automatik dan rekod markah secara langsung
Berkongsi soalan dalam talian secara terus ke Pandai Student atau dicetak untuk edaran dalam kelas
Menarik? Jom cuba ikuti langkah mudah berikut untuk mula membina set soalan anda:
Pilih ‘Bina Kuiz’ daripada ruangan menu.
Klik ‘+’ untuk membina set soalan baru.
Kemudian, klik ‘Simpan Soalan’.
TAHNIAH! Anda sudah berjaya membina set soalan anda yang pertama.
Melalui fungsi Quiz Builder ini, kami berharap ia dapat membantu memudahkan rakan-rakan guru untuk membina set soalan mereka sendiri! Pandai akan terus bergerak seiring dengan rakan-rakan guru untuk membantu membina bahan pembelajaran yang terbaik demi generasi anak bangsa masa hadapan.
Buat yang belum lagi mendaftar dengan Pandai Teacher, klik pautan ini untuk mendaftar akaun secara PERCUMA! Jangan lupa untuk ikuti laman sosial kami di Facebook, Instagram dan Tiktok. Jangan lupa kongsikan maklumat ini bersama semua rakan-rakan guru anda.
Kongsikan aplikasi ulangkaji pintar bersama anak-murid cikgu! Mereka boleh memuat turun aplikasi Pandai di Google Play atau App Store.
Daftar Pandai Teacher melalui link ini,
Comentários