top of page

#Kenali Hutang Sebelum Berhutang


APA ITU HUTANG?

Syaikh Muhammad Soleh bin Uthaimin merincikan jenis-jenis hutang yang dibenarkan dan hutang-hutang yang dilarang dalam agama. Antara yang diharamkan dengan tegas ialah mengenakan bayaran lebih dari jumlah yang dipinjam.Dinamakan juga sebagai riba’.Boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang tidak kira samada banyak atau sedikit.Berhutang atau meminjam dibenarkan dalam Islam.Namun, Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang walaupun selepas kematian penghutang. Dalil Hadis: Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah S.A.W pernah berhutang seekor unta kemudian beliau membayarnya dengan yang lebih baik dan bersabda” : “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutangnya”. (Hadis Shahih Muslim)

Kenapa Berhutang?

1. Membeli Dengan Kata Hati

Berhentilah membeli barang-barang menurut kata hati anda! Jika perlu hindarilah pergi ke pasaraya sekiranya ada kesuntukan wang.Sebab tahukah anda pasaraya adalah sumber hutang peribadi anda.Tidak ada alasan memanjakan diri anda dengan membeli barang-barang berjenama yang sebenarnya anda tidak perlukan.

2. Melatih ‘Kemahiran “SWIPING”

Anda menggunakan kad kredit untuk membeli barang-barang yang anda tidak mampu membelinya secara tunai.Jika anda tidak boleh membeli secara tunai hari ini, jangan membelinya! Sesederhana itu rumusnya.Contohi sesetangah individu yang bijak menguruskan kewangan mereka, mereka mempunyai satu sikap disiplin yang tinggi dan mengamalkan berbelanja dalam kemampuan sendiri. Jika mereka perlukan sesuatu barang, wang akan dikumpul dan golongan ini mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk menunggu sehingga wang yang dikumpul cukup untuk membeli barang yang mereka perlukan.

3. Membeli Status Sosial

Kereta membawa anda dari suatu tempat ke tempat yang lain. Dompet adalah tempat menyimpan wang dan surat-surat penting anda.Kacamata hitam melindungi mata anda dari sinaran matahari. Jika anda selalu membayar mahal untuk produk-produk tersebut demi status sosial, ‘trend’ atau gaya, berbanding dengan fungsinya itu sendiri, bererti anda sengaja mencari masalah.

4. Menukar ‘Liability’ kepada ‘Liability’

Kereta berfungsi membawa anda dari suatu tempat ke tempat yang lain. Jika anda membeli sebuah kereta baru setiap beberapa tahun walaupun kereta lama anda masih boleh berfungsi dengan sangat baik, maka anda sengaja membiarkan diri anda terjebak dengan masalah berhutang.

5. Tidak Dapat Membezakan Keperluan dan Kemahuan

Jika anda hanya sesekali menggunakan barang tersebut, kenapa anda tidak meminjam dari kawan-kawan anda atau menyewanya saja?Sebagai contoh, saya hampir saja membeli sebuah tangga lipat yang mungkin saya hanya pergunakan setahun 1-2 kali, padahal saya boleh pinjam dari ibu bapa saya.

6. Terlalu BOROS

Walaupun ada yang tahu mereka tidak mampu membeli barangan yang bukan keperluan, tapi semata-mata ingin memenuhi kehendak naluri mereka, ada golongan yang sangup berhutang semata-mata untuk memenuhi kehendak dan keinginan mereka.Mereka berbelanja di luar kemampuan dari segi kewangan. Perkara ini terjadi pada dasarnya kerana mereka tidak dapat menguasai keinginan diri dan bertindak secara tidak rasional sehingga mereka tidak sedar bahawa kebiasaan berhutang untuk menjaga reputasi seperti mesti memakai pakaian berjenama mahal dan sebagainya akan membeban mereka dengan masalah hutang. Selalunya mereka berhutang dengan menggunakan kad kredit kerana barang-barang yang dibeli bukanlah aset yang diterima oleh bank sebagai cagaran.

Hutang yang tidak bersandarkan aset selalunya dikenakan kadar faedah yang tinggi oleh pihak bank kerana ianya dianggap sebabagi jenis hutang berisiko tinggi. Tempoh bayaran bergantung kepada jumlah wang yang dibayar. Jika bayaran yang dibuat adalah jumlah yang minima, individu tersebut akan mengambil masa yang lama untuk menjelaskan hutang kad kreditnya.

7. Kurangnya Ilmu Kewangan dan Mempunyai Mentaliti ‘Ingin Cepat Kaya’

Ilmu kewangan bukan naluri yang dibawa sejak lahir.Anda harus cukup mendapatkan pendedahan pendidikan tentang tatacara kewangan.Jika tidak, anda mungkin tidak akan kemana-mana, tetapi hidup dalam lilitan hutang.

Selain daripada itu, anda terlalu obsess ingin mengejar kekayaan dalam sekelip mata. Akibatnya, anda mudah terpengaruh dengan pelbagai skim cepat kaya.Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.Perkara yang paling asas apabila

berhutang untuk membuat pelaburan ialah kadar faedah yang dikenakan oleh pemberi hutang.

Kadar faedah yang dikenakan keatas hutang tersebut mestilah lebih rendah daripada untung yang akan diperolehi daripada pelaburan. Jika sebaliknya, pada akhir pelaburan anda bukan mendapat untung tetapi akan pula dibebani dengan hutang.

Nantikan sambungan artikel ini … #Tips Kurangkan Hutang

3 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page