top of page

Cabaran Abad 21 : Kesannya Kepada Guru & Pelajar



Sebagai seorang guru, adakalanya kita melihat perubahan yang berlaku di dalam dunia pendidikan memberikan kesan yang mendalam kepada perkembangan ilmu pengetahuan , pendedahan awal mengenai subjek baru berkaitan sememangnya memberikan satu kelebihan kepada anak-anak murid (UNFAIR ADVANTAGE). Mata pelajaran baru disekolah rendah seperti teknologi maklumat komunikasi memberikan guru dan murid meneroka alam teknologi dan secara tidak langsung mendedahkan peluang pekerjaan yang akan ada pada masa akan datang.


3 peringkat pengenalan awal di dalam subjek teknologi maklumat ini, pertama pendedahan kepada sumber teknologi dan jenis teknologi , kedua memperkenalkan perisian utiliti yang selalu digunakan untuk merekod dan mengasingkan data juga membina blog sebagai cara untuk berkongsi dengan dunia pengetahuan-pengetahuan baru. Seterusnya pada tahun 6 mereka di ajar untuk melakukan dan mempelajari bahasa aturcara mudah dengan melakukan kerja kursus berasaskan amali di dalam makmal ICT.



Cabaran utama buat guru masa kini ialah kekurangan sumber daripada aspek infrastruktur. Ada sekolah tidak mempunyai makmal ICT, selain daripada itu terdapat juga sekolah tidak mempunyai bekalan eletrik dan internet yang cukup meskipun mempunyai panel solar. Guru yang mengalami cabaran ini memainkan peranan yang amat penting kerana untuk memastikan pembelajaran berterusan serta memastikan bahan pembelajaran pada hari seterusnya cukup dan mencapai objektif rancangan pengajaran harian dan tahunan.


Jadilah minda yang mengubah anak bangsa dan berbangga menjadi SATU. Betulkan niat , hidup demi negara majukan minda bangsa yang tercinta.


Adakah kita mampu ke arah pembelajaran ABAD 21? Reflek, Rancang, Laksana, Bertindak, Hasilkan Intervensi (RRLBHi)


Ikhlas

Firhan Abqari

Guru Malaysia

1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page