top of page

# 3 Tips Orang Berjaya Bahagian 1


#1 Janganlah Stress

Inilah yang selalu kita buat! Stres apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan, atau risau dengan sesuatu dan banyak lagi faktor2 yang mendatangkan kepada stress. Stress ini tidak mendatangkan kebaikan kedalam diri kita. Malah, boleh mendatangkan banyak penyakit dan stress ini tidak mendatangkan kebaikan langsung!

Tips untuk menghilangkan stress :

# Perbanyakkan doa dan berzikir

#Mempunyai hobi yang sihat (Beriadah, bersukan dan aktiviti bersama keluarga)

#2 Berkongsi Idea dan Maklumat (Sharing)

Satu penyakit manusia pada hari ini ialah takut. Takut untuk berkongsi dan memberitahu idea yang mereka miliki. Sebagai contoh, apabila mereka mempunyai satu idea yang hebat, idea tersebut di simpan kerana takut orang lain pula yang dapat idea hebat tersebut.

Eh, betul lah kan kalau idea kalau disebarkan, habislah idea kita tu!

Oh, tidak sama sekali. Sebenarnya, Kalau kita berkongsi idea hebat kita kepada orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif untuk berfikir. Secara psokologi, ia memaksa kita mencari idea yang lebih hebat lagi daripada idea asal tadi. Ia juga memaksakan kita mengambil tindakan yang pantas untuk merealisasikan idea tersebut.

Dengan menyimpan sahaja idea yang kita ada, ibarat kita tidak mempunyai apa2 lagi. Ini hanya menghalang diri kita untuk berkembang menjadi lebih maju.

Jadi, bermulalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan sebarang idea yang ada supaya dapat mengembangkan lagi minda kita untuk berfikir dengan hebat lagi.

#3 Kelilingi Diri Anda Dengan Mereka Yang Berjaya dan Kaya

Tahukah anda?

85% kejayaan kita bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Oleh itu, kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat dan mempunyai visi serta matlamat, maka anda akan menjadi seperti mereka. Anda juga akan turut dimotivasikan untuk ke hadapan.

Beranikan diri untuk meninggalkan kelompok yang lama dan binalah kelompok yang baru yang akan membawa kita lebih maju ke hadapan seterusnya menjadi berjaya’ seperti mereka. Dan sebaiknya membawa rakan-rakan supaya mereka juga berjaya bersama.

Saya doakan anda kaya dan berjaya … (Pinjam ayat Dr Azizan Osman)

3 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page