
Baiklah pada artikel kali ini saya kongsikan apa yang menjadi kerisauan kita sebagai ibubapa yang berkerja untuk anak-anak. Semakin lama perbelanjaan pendidikan untuk anak-anak meningkat. Apakah pilihan yang dapat kita lakukan. Pada 2 hari yang lepas saya pun bermesyuarat dengan 'Google Search' untuk penyelesaian kewangan dan merancang perbelanjaan pendidikan anak-anak.
Sehinggalah saya tersangkut di blog usahawan ini. Meskipun beliau tidak selalu mengemas kini artikel di blog beliau saya sedia kongsikan artikel ini melalui blog teamrobotrph untuk sekadar berkongsi. http://www.mohdsuhaimy.com/. Terdapat banyak artikel yang mungkin membantu rakan-rakan di blog beliau. Silakan berkunjung yer ....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SSPN dan tabung pendidikan anak.
Sebelum ini, saya pernah berkongsikan tentang rahsia menyediakan tabung pendidikan anak-anak menggunakan instrumen pelaburan hartanah. Tetapi, satu kelemahan jika menggunakan kaedah tersebut adalah, ianya sukar untuk di”cairkan” atau senang kata.. susah nak tukarkan ia kepada “duit cash secara underspot”.
Ini kerana, proses penjualan hartanah selalunya mengambil masa antara 2-3 bulan untuk selesai. Dan kadangkala, ianya juga mengambil masa antara 2-3 tahun untuk anda mendapatkan pembeli yang “sesuai” untuk membeli hartanah anda.
Oleh itu, beberapa alternatif lain perlu diambil kira sebagai Plan B. Setelah meng”usha” beberapa instrumen kewangan untuk tujuan tabung pendidikan anak-anak, saya agak tertarik dengan skim simpanan SSPN yang ditwarkan oleh pihak kerajaan.
Oleh itu, pada bulan lepas, sempena ulangtahun kelahiran anak saya, saya telah pergi ke bank dan membuka akaun SSPN untuk mereka. Tujuannya.. tidak lain tidak bukan, adalah untuk menyediakan “tabung pendidikan mereka” pada masa hadapan.
Ok! ok!.. saya tahu.. mungkin ada yang tidak bersetuju dengan simpanan di SSPN ini. Maklumlah, mereka kata, SSPN ini hanya mengkayakan kerajaan sahaja (err… apa salahnya?).. dividen pun sikit je!.. baik labur dalam unit trust! ( are u sure?).
He! he!.. ok.. ok!.. dalam post ini.. saya akan kongsikan dengan anda mengapa saya memilih SSPN?
1) Mudah Tunai
Maksudnya, dengan hanya mengisi borang sahaja, anda sudah boleh “cash” kan simpanan anda. Tidak perlu bersusah payah menunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun sepertimana yang perlu anda hadapi jika cuba menjual hartanah anda.
2) Potongan Cukai
Bagi mereka yang “tidak layak” untuk membayar cukai, mungkin kelebihan ini tidak langsung memberikan apa-apa kesan. Tetapi bagi mereka yang “layak” membayar cukai, pengecualian potongan cukai sebanyak RM3,000 setahun kerana menyimpan di SSPN , adalah sesuatu yang memberangsangkan.
3) Perlindungan Insuran
Nampaknya, agen-agen insuran yang menjual polisi-polisi insuran untuk pendidikan perlu berkeja lebih keras lagi selepas ini. Ini kerana, PTPTN juga turut memberikan perlindungan insuran sebanyak RM50,000 kepada setiap pendeposit. Maksudnya, apabila anda sebagai bapa, telah membuat simpanan sebanyak RM1,000 (syarat untuk layak dapat perlindungan insuran) di SSPN, anda tidak perlu risau lagi tentang masa depan dan “tabung pendidikan” anak anda jika selepas itu, anda terpaksa berhijrah ke alam barzakh (pergh! ayat..). Ini kerana, apabila anda berhijrah ke alam barzakh, automatik, wang pampasan berjumlah sehingga RM50,000 akan di masukkan terus ke akaun SSPN anak anda.
4) Dijamin Kerajaan.
Walaupun saya tidak pasti sejauh mana boleh pakainya “jaminan” tersebut. Tapi, sekurang-kurangnya, ia memberikan sedikit kelegaan dan rasa selamat kepada saya.
5) Geran sepadan
Ini pula faedah yang akan diperolehi oleh ibu-bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000 sebulan. Maksudnya, jika anda adalah seorang penarik beca yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, dan anak anda adalah seorang pelajar yang cemerlang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Anda akan mendapat hadiah (geran) sebanyak Rm10,000 dari SSPN.
6) Boleh check akaun online
Ini adalah ciri yang paling saya suka. Serius!, ia memudahkan saya untuk memantau dan membuat perancangan tentang dana pendidikan anak-anak saya….. sehingga kini, saya masih ternanti-nanti, bilakah ASB dan Tabung Haji boleh buat checking secara online.
Saya kira, itulah antara ciri-ciri yang menarik perhatian saya tentang skim SSPN ini, kelebihan lain, anda boleh baca sendiri di web PTPTN.
Ok.. itu cerita mengenai kelebihan SSPN.. Kekurangan ia pula?… (setiap perkara mesti ada kelebihan dan kekurangan kan..)
1) Susah nak keluar.
Nampaknya, SSPN memang betul-betul “strict”kan simpanan ini khas untuk “tabung pendidikan anak-anak” anda… kalaulah anda terdesak sangat mahu membeli PS3 dan bercadang nak keluarkan wang simpanan SSPN anak anda.. memang tak dapat lah jawapnya. Ini kerana, setiap tahun, anda hanya boleh keluarkan wang dari SSPN sekali sahaja! dan had maksimun pengeluaran pula hanyalah RM500 sahaja ataupun 10% dari jumlah simpanan .
Kalau nak keluarkan wang tersebut 100%.. kena tunjuk surat tawaran masuk ke IPT atau surat berhenti sekolah atau.. sijil kematian (erk!).
2) Dividen Rendah
Jika hendak dibandingkan dengan unit trust, pelaburan saham dan pelaburan hartanah, susah semestinya, % dividen yang diberikan oleh SSPN adalah rendah… hanya sekitar 3-5% setahun. Tapi saya kira, ianya masih berbaloi.. jika kita melihat pada manfaat-manfaat yang diberikan diatas tadi.
Tips saya, apa yang saya lakukan, setiap tahun, saya hanya simpan RM3,000 sahaja di SSPN. Ianya sebenarnya hanyalah bertujuan untuk mendapatkan potongan cukai, dan saya kira, amaun sebanyak itu sudah memadai, ini kerana, selepas 18 tahun (umur anak masuk IPT), wang yang terkumpul akan berjumlah hampir RM60,000. Saya kira, jumlah itu sudah memadai untuk “Plan B” bagi tabung pendidikan anak saya. Diulangi.. Plan B.
Sedikit pengalaman saya membuka akaun SSPN untuk anak-anak.
Saya telah membuka akaun SSPN di maybank, selepas sebulan, saya masih lagi tidak menerima “kad keahlian” dari SSPN. Then saya call SSPN.. permohonan saya masih dalam “proses”. (erk.. dah sebulan masih dalam proses?).
Selepas sebulan setengah… saya masih lagi tidak mendapat “kad keahlian” tersebut. Saya call SSPN lagi.. akaun sudah diaktifkan, tetapi kad dalam proses untuk penghantaran. Alhamdulilah, at least, akaun sudah diaktifkan.
Fikir positif… mungkin terlalu ramai orang yang membuka akaun dengan SSPN…
Anda bila lagi? Yosh!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk mendapatkan info yang lebih banyak boleh kunjungi blog beliau melalui url ini http://www.mohdsuhaimy.com/