
Pendidikan ialah satu usaha berterusan ke arah lebih perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
Guru adalah pendidik bangsa. Ilmu yang dicurahkan menjadi azimat bagi kemajuan dan kegemilangan Negara pada masa hadapan. Selain sebagai penyampai ilmu ataupun maklumat kepada anak didiknya, guru juga adalah model kepada pelajar. Oleh itu, kelakuan, sikap dan peribadi guru tidak boleh dianggap perkara remeh. Guru sentiasa menjadi perhatian pelajar-pelajarnya dan masyarakat di sekelilingnya. Justeru, bakal guru perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai pekerti yang unggul bagi menjadikan diri mereka sebagai guru yang berwibawa.
Mengapa ‘ Guru ‘ Menjadi ‘ Pendidik’ dan ‘Pendidik’ Melahirkan ‘Manusia’
Tugas guru tidak hanya terikat di dalam kelas sahaja. Sebenarnya guru dan rakan sejawatnya bekerjasama dalam usaha memajukan pelajaran pelajarnya. Guru juga sentiasa berhubung dengan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam mencari dan menyelesaikan segala masalah yang timbul yang berkaiatan dengan pelajar di sekolah.
Kadangkala guru mengetuai persatuan ataupun rukun tetangga dimana kepakaran dan kepimpinan beliau diiperlukan oleh masyarakat setempat. Sebenarnya, di sinilah letaknya ciri-ciri guru yang berkualiti yang diharapkan oleh masyarakat. Selain itu, guru perlu mempunyai nila-nilai murni yang terpuji apabila berhadapan dengan masyarakat. Antaranya :
#1 Berbudi bahasa
Berbudi bahasa yang diperkatakan sekarang sebenarnya dapat diamalkan oleh masyarakat. Namun, guru ataupun bakal guru perlu menonjolkan nilai ini terlebih dahulu kepada masyarakat di sekelilingnya. Amalan bersopan-santun, senang diajak berunding, dan sebagainya adalah sebahagian daripada nilai yang perlu ada dalam diri seorang guru. Masyarakat akan menghormati guru yang memilikisifat yang baik ini. Apatah lagi apabila berhadapan dengan pelajar, guru perlu menanamkan nilai ini ke dalam jiwa mereka.
#2 Jujur dan amanah
Jujur dan amanah adalah dua perkara yang perlu disematkan dalam jiwa bakal guru. Jujur dalam menjalankan tugas adalah perkara utama apabila memegangjawatan sebagai pegawai kerajaan. Misalnya tidak mengabaikan waktu mengajar denan tugas peribadi dan tidak membazir masa ataupun melengah-lengahkan masa ketika menjalankan tugas. Guru perlu amanah dengan apa yang diamanahkan kepada mereka. Amanah bermaksud menjalankan tugas seperti yang diarahkan, bekerja tanpa ada rasa kepentingan diri, sentiasa mendengar cakap majikan dan sebagainya. Guru yang jujur dan amanah akan melaksanakan tugasnya dengan gigih supaya hasil
kerjanya mencapai tahap yang cemerlang dan dicontohi oleh rakan sejawatnya.
#3 Semangat berbakti
Bakal guru perlu menyemai perasaan ingin sentiasa menyayangi dan menaburkan bakti kepada masyarakat. Guru yangterbilang sanggup menggadaikan masa, tenaga dan wang ringgitnya demi kebaktiannya kepada masyarakat. Mereka tidka menganggap kerjaya guru sebagai tempat mendapatkan gaji daripada kerajaan semata-semata. Namun, mereka sanggup berkorban apa sahaja bagi melihat masyarakat mereka maju dan terbela. Mereka tidak memikirkan soal ganjaran ataupun hasil yang diperoleh tetapi mereka mahu melihat anak bangsa Berjaya dan cemerlang. Oleh itu, bakal guru tidak sebaik-baiknya merungut jika ditempatkan di kawasan pedalaman.

#4 Merendah diri
Apabila masyarakat memberikan penghormatan dan sanjungan kepada guru, janganlah mudah lupa diri. Sikap sombong, bongkak, ego dan sebagainya perlu dielakkan. Jadilah manusia yang merendah diri. Merendah diri bukan bererti membiarkan diri kita dipijak oleh orang tetapi sifat ini menonjolkan lagi kualiti kita sebagai guru yang berwibawa dan disegani oleh masyarakat. Jangan mencampakkan diri anda ke dalam situasi dimana masyarakat mengkritik dan mencemuh anda kerana sikap yang mudah lupa daratan.
#5 Ramah Mesra
Di mana sahaja guru berada, orang akan sentiasa memerhati tingkah lakunya . inilah keunikan seorang guru. Walaupun mereka bukan artis ataupun modle terkenal, namun masyarakat memandang tinggi pada mereka kerana ilmu dan jasa mereka dalam mendidik anak bangsa sehingga menjadi orang yang berguna kepada Negara. Bakal guru perlu menunjukkan sikap ramah mesra ini bukan sahaja di kawasan sekolah, malah juga di luar kawasan sekolah. Sikap yang terpuji ini akan mewujudkan tali persaudaraan yang kukuh antara gur dan masyarakat. Guru seperti ini akan disanjung oleh masyarakat di sekelilingnya kerana akhlak yang terpuji.
Kesimpulan
Guru adalah pendidik, pendidik yang memberikan inspirasi, pendidik yang menentukan perjuangan anak-anak didik, membuka jalan dan memandu arah. Tidak mengharap pujian , apatah lagi cemuhan. Guru adalah pendidik , mendidik dari jahil sehingga celik, celik sehingga perlu dibimbing tentang kesyukuran. Kesyukuran tentang kehidupan mendatang. Saya berterima kasih kepada guru-guru saya yang telah banyak memberikan pengetahuan yang kekal.Masih lagi dingati guru yang meleteri, demi kebaikan, demi masa hadapan