
Saya percaya pada ketika ini, perjalanan sebagai kakitangan kerajaan bukanlah jaminan untuk masa hadapan yang cerah. Disini saya suka kongsikan mengenai petua-petua yang perlu dilakukan semasa menghadiri temuduga.
MITOS-MITOS DAN ANGGAPAN SALAH MENGENAI TEMUDUGA
MITOS NO. 1: CALON YANG PALING LAYAK AKAN DAPAT TAWARAN KERJA
Kerapkali ada kebenarannya tentang perkara ini – terutamanya apabila seseorang itu mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat yang mengambil kakitangan dalaman untuk kenaikan pangkat.
Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya seseorang itu berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada beberapa kriteria penting yang patut dipatuhi (itupun bukan satu jaminan).
Sesetengah majikan – selalunya yang telah dikritik kerana pernah memilih calon yang salah pada masa dahulu – telah membuat satu garis panduan pengambilan pekerja yang profesional supaya dapat mengurangi dari berlakunya kesilapan.
Ada waktunya prosedur ini banyak membantu dan amat berkesan dalam membuat pemilihan calon, tetapi ia tidak menjamin yang calon yang paling layak mendapat tawaran jawatan itu.
Akhirnya satu analisis telah dibuat, yang pemilihan seseorang untuk mengisi sesuatu jawatan memerlukan sekurang-kurangnya seorang individu untuk membuat keputusan, dan tidak kiralah apa pun usaha yang dibuat untuk menghapuskan fikiran subjektif, sifat pilih kasih dan telah pun ada pilihan sendiri – walaubagaimanapun berusaha untuk menjauhinya.
Di dalam dunia yang unggul ini, calon yang terbaik untuk sesuatu jawatan itulah yang mendapatnya; sebaliknya, kebenarannya calon yang menunjukkan prestasi terbaik semasa temuduga yang mendapat kemenangan. Pengajaran yang dapat diambil dari sini ialah :
Jangan secara otomatik menarik diri dari memohon sesuatu jawatan jika sekiranya anda dapat tahu sudah ada calon yang lebih layak ada memohon jawatan yang sama.
Jika sekiranya anda berusaha untuk membuat persediaan yang secukupnya, ada kemungkinan besar anda akan menjadi calon pilihan – terutamanya apabila calon yang seorang lagi mengambil mudah dan tidak membuat apa-apa persediaan untuk menghadiri temuduga.
Jika sekiranya anda mendapat tahu anda paling layak untuk mengisi jawatan tersebut jangan sekali-kali mengambil mudah tentang temuduga itu. Hendaklah berkelakuan seperti anda sedang bersaing dengan musuh yang amat menakutkan.
MITOS NO. 2: TEMUDUGA ADALAH SEPERTI MENGAMBIL PEPERIKSAAN DI SEKOLAH – LEBIH BANYAK ANDA BERKATA, LEBIH BAIK PRESTASI ANDA
Benar, temuduga ada sedikit persamaan dengan peperiksaan, di mana anda diminta menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang bijak, dan di situlah persamaan itu berakhir.
Tidak seperti peperiksaan, di mana banyak jawapan yang tepat diperlukan, temuduga pula adalah berbeza kerana ia memerlukan interaksi dan hubungan yang baik dan pada masa yang sama menjawab soalan dengan jelas dan bijak. Jawapan yang baik tidak perlu terlalu terperinci.
Sebenarnya, jawapan yang terlalu terperinci dan panjang boleh mengganggu perhatian penemuduga, walaupun mengandungi fakta yang secara teknikalnya amatlah tepat. Mengetahui bila hendak berhenti bercakap adalah satu kemahiran yang patut ada pada semua calon temuduga.
Berbeza dengan peperiksaan, dalam temuduga selalunya tidak ada jawapan yang betul atau salah. Kita adalah berbeza dan datang ke temuduga dari latarbelakang yang berbeza, beri bukti yang kukuh di atas semua tindakan anda dan bercakaplah tentang percapaian anda dengan penuh yakin.
MITOS NO. 3: PENEMUDUGA TAHU APA YANG MEREKA BUAT
Sesetengah penemuduga amat bijak tentang apa yang mereka lakukan, terutamanya mereka yang profesional dan menjadikannya kerja sepenuh masa(sekiranya mereka tidak letih dengan kerja).
Sebaliknya, kebanyakan pengurus dan tuan punya perniagaan kecil menghadapi kesukaran kerana temuduga bukanlah kerja yang sering mereka lakukan.Sebahagian dari contoh temuduga yang tidak baik adalah :-
Mereka sahaja yang banyak bercakap
Mereka kelihatan telah membuat keputusan terhadap anda dalam lima minit pertama temuduga dijalankan
Mereka nampak seperti mendapatkan soalan secara rambang dari langit
Telefon mereka sentiasa berdering dan dijawab semasa sesi temuduga
Mereka kelihatan tidak jujur sebagai jurujual semasa menjual kerja tersebut pada anda
Sebahagian dari temuduga yang baik ialah:-
Mereka telah pun terlebih dahulu menyediakan soalan dengan teratur
Mereka ingin tahu apa yang anda buat dan bagaimana anda telah melakukannya, termasuk meminta contoh-contohnya
Mereka membiarkan anda yang banyak bercakap
Mereka ingin menemuduga anda lebih dari sekali
Mereka sentiasa berusaha membuat anda berasa selesa
Mereka secara jujurnya berminat dengan kemampuan anda, kemahiran dan suka pada sikap anda
MITOS NO.4: JANGAN SANGKA SEMUANYA MENGENAI KERJA
Penemuduga yang tidak berpengalaman selalunya tidak bertanyakan soalan yang tepat dan dengan mudah mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan kemampuan anda untuk menjalankan kerja.
Oleh itu sekiranya anda di temuduga oleh mereka yang tidak berpengalaman, jangan tunggu untuk ditanya soalan yang baik – ataupun dibenarkan anda untuk bercakap tentang kemahiran yang menyeronokkan dan berkualiti.
Ambillah sikap yang tidak terlalu menonjol dengan bercakap tentang perkara-perkara yang anda rasa mereka berminat hendak tahu. Walaubagaimanapun situasi begini tidak selalu berlaku – terutama sekali jika anda ditemuduga oleh seseorang yang bersikap paksaan begitu, jangan panik.
Katakan pada diri anda temuduga hanyalah untuk menjalin hubungan yang baik, di mana ia hanyalah sesi soaljawab.
Oleh itu bersetuju sahajalah, senyum dan tunjukkan sikap yang terbaik – penemuduga yang banyak bercakap suka kepada seseorang yang bersetuju dengan pendapat mereka.
MITOS NO. 5: ORANG YANG BERKETERAMPILAN MENDAPAT KERJA
Saya jangkakan sekiranya jawatan tersebut adalah untuk mereka-mereka yang anggun bergaya habis seperti di dalam layar perak, jadi mereka yang berketerampilan begitu amat membantu, tetapi bagi kebanyakan jawatan lain keterampilan anda tidaklah memberi kesan.
Seperti yang telah dibincangkan, memang terdapat majikan yang tidak berpengalaman akan menawarkan kerja kepada seseorang berdasarkan faktor luaran, tetapi kebanyakan majikan adalah bijak memilih.
Anggapan yang mereka yang berketerampilan atau anggun lebih mudah mendapat kerja dari mereka yang biasa-biasa adalah satu anggapan yang salah – bahawa majikan menggemari keterampilan seseorang melebihi mata pencarian mereka. Semua pengalaman saya telah mengajar saya sebaliknya.
Kebanyakan perniagaan berada dalam suasana persaingan yang hebat dan majikan amat prihatin bahawa kesilapan dalam memilih pekerja adalah amat mahal.
Ini tidak bermakna bahawa keterampilan dan kebijaksanaan seseorang adalah tidak mustahak. Adalah amat penting anda berpakaian yang segak atau bersesuaian dan cuba sedaya upaya untuk menonjolkan semua kualiti mesra anda.
Penampilan yang baik memanglah dipandang hebat di dalam temuduga, tetapi bukannya penampilan yang bersesuaian dan mesra.