top of page

7 Filem Inspirasi Untuk Warga Pendidik


Walaupun UPSR belum berakhir, filem ini telah memberikan kesan yang mendalam kepada setiap penonton . Salah satu filem yang memberikan satu ‘kesan sampingan’ yang mendalam kepada penonton yang ikhlas .

Filem ini dibintangi oleh Aamir Khan dan budak berumur 9 tahun tu Darsheel Safary. Mengisahkan tentang murid yang mempunyai masalah disleksia namun apa yang menyedihkan ialah ibubapa yang mempunyai harapan yang terlalu tinggi untuk anak mereka daripada aspek akademik sehingga tidak menyedari anak mereka mempunyai masalah pembelajaran.

Usaha yang ditunjukkan oleh guru untuk murid di dalam filem ini amat mengagumkan dan ini memberikan inspirasi kepada guru-guru lain di dalam sekolah itu untuk turut memberikan sokongan kepada murid yang bekeperluan khas ini.

Pengajaran yang dapat dikongsikan melalui persepktif admin

# 1 . Ibubapa perlu menerima dan mengenalpasti masalah pembelajaran anak-anak melalui tingkah laku yang ditunjukkan dirumah.

#2. Guru di dalam bilik darjah hendaklah peka tentang masalah pembelajaran murid. (Terutamanya guru yang mengajar kelas hujung)

#3. Persekitaran bilik darjah juga memberikan pengaruh kepada iklim pembelajaran di dalam bilik darjah. Pastikan murid selesa sebelum

memulakan aktiviti pembelajaran.

#4. Guru hendaklah ikhlas mencurahkan ilmu dan menghalalkan ilmu kepada anak muridnya.

#5. Sebagai guru dan ibubapa, kita perlu menerima hakikat bahawa setiap murid mempunyai kemahiran dan keupayaan yang berbeza-beza , ada yang cepat dan ada yang lambat.

#6. Pendekatan yang pelbagai akan memberikan keputusan yang berbeza, variasikan iklim pengajaran di dalam bilik darjah bagi menarik minat murid belajar.

#7. Sentiasa ikhlas untuk mengajar. Pekerjaan yang ditentukan kepada kita pasti ada hikmahnya dan tujuan.

0 views0 comments
bottom of page